Tadabbur Surah Al-Baqarah (Ayat 61–75): Bila Hati Jadi Keras
وَاِذْ قُلْتُمْ يٰمُوْسٰى لَنْ نَّصْبِرَ عَلٰى طَعَامٍ وَّاحِدٍ فَادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنْۢبِتُ الْاَرْضُ مِنْۢ بَقْلِهَا وَقِثَّاۤىِٕهَا وَفُوْمِهَا
وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَا ۗ قَالَ اَتَسْتَبْدِلُوْنَ الَّذِيْ هُوَ اَدْنٰى بِالَّذِيْ هُوَ خَيْرٌ ۗ اِهْبِطُوْا مِصْرًا فَاِنَّ لَكُمْ مَّا سَاَلْتُمْ ۗ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ
الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاۤءُوْ بِغَضَبٍ مِّنَ اللّٰهِ ۗ ذٰلِكَ بِاَنَّهُمْ كَانُوْا يَكْفُرُوْنَ بِاٰيٰتِ اللّٰهِ وَيَقْتُلُوْنَ النَّبِيّٖنَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ۗ ذٰلِكَ بِمَا عَصَوْا
(61) وَّكَانُوْا يَعْتَدُوْنَ ࣖ
Wa iz qultum yaa Moosaa lan nasbira ‘alaa ta’aaminw waahidin fad’u lanaa rabbaka yukhrij lanaa mimmaa tumbitul ardu mimbaqlihaa wa qis saaa’ihaa wa foomihaa wa ‘adasihaa wa basalihaa qaala atastabdiloonal lazee huwa adnaa billazee huwa khayr;
ihbitoo misran fa inna lakum maa sa altum; wa duribat ‘alaihimuz zillatu walmaskanatu wa baaa’oo bighadabim minal laah;
zaalika bi annahum kaano yakfuroona bi aayaatil laahi wa yaqtuloonan Nabiyyeena bighairil haqq; zaalika bimaa ‘asaw wa kaanoo ya’tadoon
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja;
maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya,
dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu".
Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah.
Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya);
dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.
اِنَّ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَالَّذِيْنَ هَادُوْا وَالنَّصٰرٰى وَالصَّابِــِٕيْنَ مَنْ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُمْ اَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْۚ
(62) وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُوْنَ
Innal lazeena aamanoo wallazeena haadoo wan nasaaraa was Saabi’eena man aamana billaahi wal yawmil aakhiri wa ‘amila saalihan falahum ajruhum ‘inda Rabbihim wa laa khawfun ‘alaihim wa laa hum yahzanoon
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh,
maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(63) وَاِذْ اَخَذْنَا مِيْثَاقَكُمْ وَرَفَعْنَا فَوْقَكُمُ الطُّوْرَۗ خُذُوْا مَآ اٰتَيْنٰكُمْ بِقُوَّةٍ وَّاذْكُرُوْا مَا فِيْهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ
Wa iz akhaznaa meesaaqakum wa rafa’naa fawqakumut Toora khuzoo maaa aatainaakum biquwwatinw wazkuroo maa feehi la’allakum tattaqoon
Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman):
"Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa.
(64) ثُمَّ تَوَلَّيْتُمْ مِّنْۢ بَعْدِ ذٰلِكَ فَلَوْلَا فَضْلُ اللّٰهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهٗ لَكُنْتُمْ مِّنَ الْخٰسِرِيْنَ
Summa tawallaitum mim ba’di zaalika falawlaa fadlul laahi ‘alaikum wa rahmatuhoo lakuntum minal khaasireen
Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya);
maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi.
(65) وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ الَّذِيْنَ اعْتَدَوْا مِنْكُمْ فِى السَّبْتِ فَقُلْنَا لَهُمْ كُوْنُوْا قِرَدَةً خَاسِـِٕيْنَ
Wa laqad ‘alimtumul lazeena’-tadaw minkum fis Sabti faqulnaa lahum koonoo qiradatan khaasi’een
Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".
(66) فَجَعَلْنٰهَا نَكَالًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهَا وَمَا خَلْفَهَا وَمَوْعِظَةً لِّلْمُتَّقِيْنَ
Faja’alnaahaa nakaalal limaa baina yadihaa wa maa khalfahaa wa maw’izatal lilmuttaqeen
Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
وَاِذْ قَالَ مُوْسٰى لِقَوْمِهٖٓ اِنَّ اللّٰهَ يَأْمُرُكُمْ اَنْ تَذْبَحُوْا بَقَرَةً ۗ قَالُوْٓا اَتَتَّخِذُنَا هُزُوًا ۗ قَالَ اَعُوْذُ بِاللّٰهِ اَنْ اَكُوْنَ
(67) مِنَ الْجٰهِلِيْنَ
Wa iz qaala Moosaa liqawmiheee innal laaha yaamurukum an tazbahoo baqaratan qaalooo atattakhizunna huzuwan qaala a’oozu billaahi an akoona minal jaahileen
Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab:
"Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)".
قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّنْ لَّنَا مَا هِيَ ۗ قَالَ اِنَّهٗ يَقُوْلُ اِنَّهَا بَقَرَةٌ لَّا فَارِضٌ وَّلَا بِكْرٌۗ عَوَانٌۢ بَيْنَ ذٰلِكَ ۗ فَافْعَلُوْا
(68) مَا تُؤْمَرُوْنَ
Qaalud-‘u lanaa rabbaka yubaiyil lanaa maa hee; qaala innahoo yaqoolu innahaa baqaratul laa faaridunw wa laa bikrun ‘awaanum baina zaalika faf’aloo maa tu’maroon
Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab:
"Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya".
(69) قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّنْ لَّنَا مَا لَوْنُهَا ۗ قَالَ اِنَّهٗ يَقُوْلُ اِنَّهَا بَقَرَةٌ صَفْرَاۤءُ فَاقِعٌ لَّوْنُهَا تَسُرُّ النّٰظِرِيْنَ
Qaalud-‘u lanaa Rabbaka yubaiyil lanaa maa lawnuhaa; qaala innahoo yaqoolu innahaa baqaratun safraaa’u faaqi’ul lawnuhaa tasurrunnaazireen
Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?"
Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya".
(70) قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّنْ لَّنَا مَا هِيَۙ اِنَّ الْبَقَرَ تَشٰبَهَ عَلَيْنَاۗ وَاِنَّآ اِنْ شَاۤءَ اللّٰهُ لَمُهْتَدُوْنَ
Qaalud-‘u lanaa Rabbaka yubaiyil lanaa maa hiya innal baqara tashaabaha ‘alainaa wa innaaa in shaaa’al laahu lamuhtadoon
Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu?
Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)".
قَالَ اِنَّهٗ يَقُوْلُ اِنَّهَا بَقَرَةٌ لَّا ذَلُوْلٌ تُثِيْرُ الْاَرْضَ وَلَا تَسْقِى الْحَرْثَۚ مُسَلَّمَةٌ لَّاشِيَةَ فِيْهَا ۗ قَالُوا الْـٰٔنَ جِئْتَ بِالْحَقِّ فَذَبَحُوْهَا
(71) وَمَا كَادُوْا يَفْعَلُوْنَ ࣖ
Qaala innahoo yaqoolu innahaa baqaratul laa zaloolun tuseerul arda wa laa tasqil harsa musallamatullaa shiyata feehaa; qaalul ‘aana jita bilhaqq; fazabahoohaa wa maa kaado yaf’aloon
Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman;
ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar".
Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.
(72) وَاِذْ قَتَلْتُمْ نَفْسًا فَادّٰرَءْتُمْ فِيْهَا ۗ وَاللّٰهُ مُخْرِجٌ مَّا كُنْتُمْ تَكْتُمُوْنَ ۚ
Wa iz qataltum nafsan faddaara’tum feehaa wallaahu mukhrijum maa kuntum taktumoon
Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.
(73) فَقُلْنَا اضْرِبُوْهُ بِبَعْضِهَاۗ كَذٰلِكَ يُحْيِ اللّٰهُ الْمَوْتٰى وَيُرِيْكُمْ اٰيٰتِهٖ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُوْنَ
Faqulnad riboohu biba’dihaa; kazaalika yuhyil laa hul mawtaa wa yureekum aayaatihee la’allakum ta’qiloon
Maka Kami (Allah) berfirman: "Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu"
(Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.
ثُمَّ قَسَتْ قُلُوْبُكُمْ مِّنْۢ بَعْدِ ذٰلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ اَوْ اَشَدُّ قَسْوَةً ۗ وَاِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْاَنْهٰرُ ۗ وَاِنَّ مِنْهَا لَمَا
(74) يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاۤءُ ۗوَاِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللّٰهِ ۗوَمَا اللّٰهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُوْنَ
Summa qasat quloobukum mim ba’di zaalika fahiya kalhijaarati aw-ashaadu qaswah; wa inna minal hijaarati lamaa yatafajjaru minhul anhaar;
wa inna minhaa lamaa yash shaqqaqu fayakhruju minhul maaa’; wa inna minhaa lamaa yahbitu min khashyatil laa; wa mal laahu bighaafilin ‘ammaa ta’maloon
Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya;
dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya;
dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
(75) ۞ اَفَتَطْمَعُوْنَ اَنْ يُّؤْمِنُوْا لَكُمْ وَقَدْ كَانَ فَرِيْقٌ مِّنْهُمْ يَسْمَعُوْنَ كَلَامَ اللّٰهِ ثُمَّ يُحَرِّفُوْنَهٗ مِنْۢ بَعْدِ مَا عَقَلُوْهُ وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ
Afatatma’oona ai yu’minoo lakum wa qad kaana fareequm minhum yasma’oona Kalaamal laahi summa yuharri foonahoo mim ba’di maa’aqaloohu wa hum ya’lamoon
(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu,
padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?
وَاِذْ قُلْتُمْ يٰمُوْسٰى لَنْ نَّصْبِرَ عَلٰى طَعَامٍ وَّاحِدٍ فَادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنْۢبِتُ الْاَرْضُ مِنْۢ بَقْلِهَا وَقِثَّاۤىِٕهَا وَفُوْمِهَا
اِنَّ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَالَّذِيْنَ هَادُوْا وَالنَّصٰرٰى وَالصَّابِــِٕيْنَ مَنْ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُمْ اَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْۚ
Pengenalan
Dalam perjalanan hidup, kita selalu rasa kita dah “ok”.
Tapi hakikatnya, ada penyakit hati yang kita tak sedar — suka merungut, susah ikut arahan, dan kadang-kadang… menolak kebenaran.
Ayat 61 hingga 75 Surah Al-Baqarah bongkar satu realiti:
bukan sebab tak tahu… tapi sebab hati dah keras.
1. Nikmat Ada, Tapi Masih Tak Cukup (Ayat 61)
Bani Israil dapat makanan dari langit — manna dan salwa.
Bukan biasa-biasa nikmat… tapi mereka tetap merungut.
Minta pula makanan lain.
👉 Kita pun sama.
Dah ada kerja, ada makan, ada tempat tinggal…
tapi mata lebih nampak apa yang kita tak ada.
Bila syukur hilang, nikmat pun boleh ditarik perlahan-lahan.
2. Islam Bukan Tentang Bangsa (Ayat 62)
Allah bagi harapan untuk semua:
Sesiapa yang:
- beriman kepada Allah
- percaya hari akhirat
- buat amal soleh
➡️ mereka ada ganjaran, tak perlu takut.
Point penting:
Allah tak tengok label…
Allah tengok iman dan amal.
3. Janji Tinggal Janji (Ayat 63–64)
Allah ambil perjanjian dari mereka.
Siap angkat gunung sebagai peringatan.
Tapi… tetap berpaling.
👉 Kita pun selalu:
- janji nak berubah
- janji nak jaga solat
- janji nak tinggalkan dosa
…tapi tinggal janji.
Istiqamah itu ujian sebenar.
4. Bila Ingkar, Maruah Hilang (Ayat 65–66)
Ada yang langgar larangan hari Sabtu.
Akhirnya, Allah jadikan mereka hina.
👉 Pengajaran keras:
Bila dosa dibuat tanpa rasa takut,
Allah boleh tarik maruah kita tanpa kita sedar.
5. Banyak Tanya, Hidup Jadi Susah (Ayat 67–71)
Allah suruh sembelih lembu.
Arahan simple.
Tapi mereka tanya macam-macam:
- warna apa?
- umur berapa?
- jenis macam mana?
Akhirnya… jadi susah sendiri.
👉 Kadang agama ni dah mudah.
Kita je yang suka complicated-kan.
6. Allah Boleh Dedahkan Segalanya (Ayat 72–73)
Kes pembunuhan disembunyikan.
Allah hidupkan orang mati untuk bongkar kebenaran.
Tak ada benda yang kita boleh sorok selamanya.
7. Hati Lebih Keras Dari Batu (Ayat 74)
Lepas semua mukjizat… hati tetap tak berubah.
Allah bandingkan dengan batu:
- ada batu keluar air
- ada batu pecah kerana takut Allah
👉 Tapi hati manusia?
Boleh jadi lebih keras dari itu.
Bila hati keras:
- nasihat tak masuk
- Quran tak beri kesan
- dosa rasa biasa
8. Tahu Kebenaran, Tapi Putar Belit (Ayat 75)
Mereka dengar wahyu.
Mereka faham.
Tapi mereka ubah.
👉 Ini paling bahaya.
Bukan jahil… tapi sengaja menolak.
Penutup: Cermin Untuk Diri Kita
Ayat-ayat ini bukan sekadar cerita Bani Israil.
Ini cermin untuk kita hari ini.
Tanya diri:
- Aku ni jenis bersyukur atau kuat merungut?
- Aku ikut agama, atau banyak alasan?
- Hati aku masih lembut… atau dah keras?
Renungan Akhir
“Bukan kita tak nampak kebenaran…
tapi hati kita dah terlalu penuh dengan dunia, sampai kebenaran tu tak beri kesan.”
Comments
Post a Comment